Petey ta'di maso dok ghalek denga menteri besa dok kecek tengok-tengok henset bunyi. Ado ore ata sms. Ambo pon bacolah.
sender : no name
receive : 6.00 pm
Tahniah, sedaro terpilih utuk gi ujibakat mokyong kali keduo. Harap-harap sedaro buleh gi sekali lagi utk ujibakat nok pilih watok. Tain dio pukol 9 male. 17/1/2011 di dewe kuo.
Pah semaye ngorib kena bicey semantik pulok. pahtu ambopon g lah ujibakat di dewe kuo. Sumo hok g ujibakat tuh keno nyanyi lagu ngadab rebak ngan lagu mokyong hok lain.. ambo pon keno nyanyi logu mokyong jugok. Memey mencabar a.... dio pase lagu tu semeta jah pahtu set ambo keno nyanyi sore2.. tengok ore lain semuo biso2 belako.
Bilo sapa tain belakong , set ambo keno bagi kumpule. dale kumpule ambo ado tigo ore. Set ambo keno belakon watok peran dale mokyong. Supo sekalola watok peran ni watok ore jate hok lucu supo badut gitu. Set2 ambo try wat hok molek belako doh..
Sapa pulok tain so lagi. Pat ore jate kena belakon watok sang putri bota (watok ore tino ahli siher hok supo jin pon ado). Set ambo keno ngila "kikikikiiii", keno suko, nok we ore takut. Ambo pon buatla. Sapa nak cabut anok tekok. Sapa loni tekok ambo sakit. Arap2 lepas ni jangela sapa xdok soro pulok. Sebab ari jumaat ni ambo keno buat persembahan dekon di karnival hari terbuko kz. Arap2 semuanya jale lacar molek dan soro ambo tok punoh amin.

APABILA DI ALIH BAHASA :

Petang tadi sedang asyik mendengar ucapan dari menteri besar perak, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Sistem pesanan ringkas masuk dalam inbox.. aku pon buka..
Sender (no name) 012....
Receive 6.00pm
Tahniah anda di panggil untuk audition kali kedua mak yong. Digarap untuk hadiri sekali lagi audition watak. Masa : 9 malam, tarikh : 17.1.2011, tempat: dewan kuo
Lepas solat maghrib ada discussion untuk subjek semantik.. lepas tu aku pun pergi ke dewan kuo. Semua yang datang untuk audition diuji untuk menyanyi lagu mengadap rebab dan lagu-lagu makyong yang lain. Aku x terkecuali  utnk diuji menyanyikan lagu makyong.. memang agak mencabar. Lagunya hanya diulang beberapa kali dan kami diuji sorang demi sorang. Semua hebat2 belaka,
Tiba ke sesi lakonan pula... kami diberikan kumpulan dan kumpulan aku ada 3 orang. Kami diminta untuk melakonkan watak peran dalam makyong. Macam biasala watak peran ni watak seorang lelaki yang lucu... ala-ala badut. Aku dah cuba buat yang terbaik bersama-sama dengan yang lain.
Tiba ke sessi 1 lagi... 4 orang antara kami yang lelaki diminta untuk melakonkan watak sang puteri bota (watak perempuan sihir ala-ala jin pon ada) diminta mengilai dan ketawa yang menakotkan,,, aku pon buatla,,,, sampai terkeluar anak tekak,,, dan sampai sekarang tekakku terasa sakitnya... janganlah lepasni xder suara pulak... sebab jumaat ni ada persembahan dekon di karnival hari terbuka kz. Semoga segalanya berjalan lancar dan suaraku tidak rosak... amin..
ASSALAMMUALAIKUM..

malam ni satu perjumpaan teater yang best~
untuk Festival Teater UPSI yang akan datang tidak lama lagi...
kali ni cikgu BM yang garang join kumpulan teater bawah fakulti bahasa & komunikasi....
dapat jumpa junior-junior semester 4 bahasa melayu yang masih lagi takot-takot...
tau mereka boleh... cuma malu jer....
ice breaking tadi sangat bermakna....
cuma perlukan sedikit masa lagi kamu akan jadi tak malu seperti kawan saya  
Syazri Ashraf..
hehehheh..

perjuangan baru bermula..
masa yang diberikan cukup lama untuk sampai ke hari pertandingan...
kejuaraan bukan rebutan tapi impian bagi semua...
siapa yang terbaik dialah juara...
jadi lakukan yang terbaik...
seronok sebenarnya teater ni...
siapa yang pernah melaluinya yang akan tahu...
lebih tahu dan lebih merasainya....
jadi apa lagi?
mari berteater~~
l
l
v

Ting.. Ting.. Ting!
Komen Cikgu BM Yang Garang (CBYG) terhadap entri dan pertaliannya dengan sosiolinguistik:
1.      Situasi sosiolinguistik dalam perjumpaan teater malam ni memang cukup rencam dan kompleks  untuk ditafsirkan. Itulah kelebihannya ilmu sosiolinguistik. Sosiolinguistik ini bukan sahaja ilmu tentang bahasa sahaja tetapi berkait rapat dengan bahasa masyarakat. Apabila bercerita tentang bahasa masyarakat, seperti yang telah CBYG komen di entri-entri sebelum ini bahasa-bahasa non verbal ini memang banyak berlaku dalam perjumpaan teater malam ini dan itulah antara salah satu konsep yang ingin disampaikan dalam ilmu sosiolinguistik ini... antara paling ketara bahasa non verbal yang dapat di detect oleh CBYG ialah bahasa tubuh dan juga mimik muka.

2.      Bahasa tubuh yang CBYG dapat kenal pasti memang cukup banyak malam ni, ada yang tidak selesa, ada yang masih canggung, tergaru-garu, ada yang berdiripun malas, ada yang exited dan bermacam-maca lagi. Bahasa badan ni kalau nak diceritakan secara detail memang tak akan habis satu malam jadi cukup dengan beberapa contoh yang telah CBYG berikan mampu memaparkan apa sebenar emosi dan perasaan mereka semua.


3.      Begitu juga dengan mimik muka. Ada yang monyok, masam, senyum, mencebik, menyinga dan bermacam-macam lagi... tetapi kebanyakkannya CBYG tengok mimik muka semuanya klise kerana kesemuanya menonjolkan mimik muka seakan-akan teruja kerana disuruh berlakon. Muka yakin dapat dilihat apabila mereka mampu melakukan lakonan dengan baik. Dan muka agak kemalu-maluan berlaku bila mereka belum sepenuhnya menghayati arahan yang diberikan dan tidak dapat melakukan lakonan dengan baik.
Salam 1 Malaysia

Dalam kelas haritu, Dr. Saniah membangkitkan cerita tentang iklan seorang anak dan ayah yang begitu mesra. tatkala itu anaknya bertanya kepada bapanya, burung apakah itu?. Bapanya menjawab burung murai... Dan anaknya berkali-kali bertanya burung apakah itu... Ayahnya dengan rasa sabar dan tidak jemu terus melayan pertanyaan anaknya yang didukung di bahunya itu...  Entri kali ni bukan untuk mengupas ataupun mengkritik iklan tersebut.... Disebabkan aku teringat aku ada mengarang sebuah sajak tentang Sang Murai... jadi aku ingin berkongsi sajak ini kepada anda semua... terimalah sajak yang tak seberapa hasil nukilanku ini... hehehehhe


Adie Muslim’z
RINDU SANG MURAI

Ini ceritera sang murai
awas perlu ingat
ceritera sang murai dengan kata-katanya
paruhnya bisa menghancurkan jiwa
kalau bermadah gurindam dialah raja
yang mendengar selokanya pasti terpesona

Murai ini bukan sebarang murai
murai yang ada kebolehan cukup luarbiasa
murai ini bukan sebarang murai
murai yang berakal juga yang punyai nafsu
murai ini bukan sebarang murai
murai yang penuh tipu helah dan banyak dalihnya
murai ini bukan sebarang murai
murai yang becok mulut dan rakus ideanya
Itulah rindu seorang sang murai
boleh berfikir panjang tetap bersulam muslihat
boleh menipu meranapkan kota
juga memisah teman yang mesra

Segala cerekanya tidak bertapis
kelak merana tidak tertangkis
laksana nurani semakin tipis
yang terkena pasti menangis
dek mulut murai yang teramatlah bengis

Tidakkah ada murai berhati bersih
Bernyanyi tanpa sebarang dusta dan noda
kendatipun ada satu dalam sejuta
kendatipun ada muslihatnya tetap tersedia
kendatipun ada murai sudah insaf agaknya
kendatipun ada tunggulah kucing tumbuh tanduknya
kendatipun ada kiamat agaknya dunia

Itulah rindu sang murai
yang mewarnai seloka alam rimba

13 Januari 2011
UPSI, Tanjong Malim
l
l
v

Ting.. Ting.. Ting!
Komen Cikgu BM Yang Garang (CBYG) terhadap entri dan pertaliannya dengan sosiolinguistik:
1.      Sajak merupakan salah satu bentuk puisi yang tergolong dalam bentuk puisi moden. Sajak digunakan untuk meluahkan isi hati dan juga perasaan si penulis dan dipertontonkan atau dihayati oleh orang yang membacanya. Sajak mempunyai banyak fungsi. Antaranya adalah menyindir, meluahkan perasaan, mendidik, menasihati, memberi penjelasan, menceritakan, dan banyak lagi.

2.      Dari segi rima pula, rima akhir bagi sajak tidak sama seperti pantun dan gurindam. Jika pantun rima akhirnya perlulah berbentuk a, b, a, b. Kalau gurindam rima akhirnya perlulah a, a, a, a, a... tetapi tidak bagi sajak. Rima akhir bagi sajak tidak terikat maka rima akhir bagi sajak boleh berbentuk a, b, c, d, e, f.

3.      Jelas disini, dengan menulis sajak maka proses berbahasa sebenarnya berlaku disitu dan dialog dilakukan secara tidak langsung oleh penulis kepada pembaca. Jadi kalau mahu menyindir seseorang tulislah sajak banyak-banyak... hihihihi~

testing2... uhuk3x...
malam ni aku berkumpul dengan ahli kumpulan kursus sosiolinguistik.... 
apa yang kami buat?? hurm, apa lagi berborakla... 
hahahah bukan-bukan... 
kami berbincang tentang tugasan kumpulan yang perlu diselesaikan... 
basic idea dari kak tika... dan toping idea by aku, eda, ekin dan dayah... 
ape yang akan berlaku nanti.... tunggu... 
pasti akan 'tersepak' urat ketawa kalo anda semua saksikan nanti.. hehhehe, wassalam
l
l
v

Ting.. Ting.. Ting!
Komen Cikgu BM Yang Garang (CBYG) terhadap entri dan pertaliannya dengan sosiolinguistik:
1.      Pertemuan kami pada malam ini penuh dengan gelak ketawa. Perkara-perkara yang kami ketawakan semuanya mempunyai makna yang tersendiri dan mempunyai simbolik disebalik idea-idea yang kami curahkan. Benar, apabila berbincang dengan ramai orang maka ideanya akan menjadi banyak dan semakin rencam. Ada idea yang terlalu street to the point.. ada idea yang kelakar, ada idea yang kadang-kadang tidak masuk otak dan bermacam-macam lagi. Oleh kerana ahli kumpulan CBYG kali ini merupakan ahli kumpulan CBYG yang baru (sebab sebelum ni CBYG tidak pernah melaksanakan tugas kumpulan bersama-sama mereka) jadi, jenaka adalah kaedah terbaik untuk meraih minat mereka terhadap CBYG agar mereka tidak kekok dengan CBYG. Ketawa juga merupakan satu bentuk bahasa yang menyenangkan antara jiwa-jiwa yang ada. Ada ketawa hipokrit, ada ketawa ikhlas, ada ketawa benci, ada ketawa buat-buat, ada ketawa melampau sampai keluar air mata dan bermacam-macam lagi... semua bentuk ketawa memberikan maknanya yang tersendiri.

2.      Tolak ansur merupakan bahasa yang paling halus sekali maknanya. Tolak ansur bukan satu kata-kata ataupun perkataan yang diungkapkan tetapi merupakan satu tindak balas ataupun sikap ataupun perasaan terhadap orang lain agar tidak menyinggung perasaan seseorang. Dalam perbincangan berkumpulan tolak ansur merupakan satu perkara yang sangat penting. CBYG mengatakan tolak ansur ini sebagai satu bentuk bahasa yang cukup halus kerana situasi tolak ansur berlaku tanpa kita berbahasa atau bercakap kita hanya perlu untuk tidak meninggikan suara ataupun keras kepala terhadap sesuatu idea yang ingin diluahkan atau yang dicadangkan ahli yang lain. Maka bersetuju sahaja ataupun mengiyakan idea orang lain. Sekiranya ada idea yang dibantah maka sediakanlah  hujah sokongan terhadap alasan kenapa idea itu dibantah dan ini juga merupakan salah satu bentuk ciri bahasa tolak ansur yang CBYG maksudkan..