testing2... uhuk3x...
malam ni aku berkumpul dengan ahli kumpulan kursus sosiolinguistik....
apa yang kami buat?? hurm, apa lagi berborakla...
hahahah bukan-bukan...
kami berbincang tentang tugasan kumpulan yang perlu diselesaikan...
basic idea dari kak tika... dan toping idea by aku, eda, ekin dan dayah...
ape yang akan berlaku nanti.... tunggu...
pasti akan 'tersepak' urat ketawa kalo anda semua saksikan nanti.. hehhehe, wassalam
l
l
vTing.. Ting.. Ting!
Komen Cikgu BM Yang Garang (CBYG) terhadap entri dan pertaliannya dengan sosiolinguistik:
1. Pertemuan kami pada malam ini penuh dengan gelak ketawa. Perkara-perkara yang kami ketawakan semuanya mempunyai makna yang tersendiri dan mempunyai simbolik disebalik idea-idea yang kami curahkan. Benar, apabila berbincang dengan ramai orang maka ideanya akan menjadi banyak dan semakin rencam. Ada idea yang terlalu street to the point.. ada idea yang kelakar, ada idea yang kadang-kadang tidak masuk otak dan bermacam-macam lagi. Oleh kerana ahli kumpulan CBYG kali ini merupakan ahli kumpulan CBYG yang baru (sebab sebelum ni CBYG tidak pernah melaksanakan tugas kumpulan bersama-sama mereka) jadi, jenaka adalah kaedah terbaik untuk meraih minat mereka terhadap CBYG agar mereka tidak kekok dengan CBYG. Ketawa juga merupakan satu bentuk bahasa yang menyenangkan antara jiwa-jiwa yang ada. Ada ketawa hipokrit, ada ketawa ikhlas, ada ketawa benci, ada ketawa buat-buat, ada ketawa melampau sampai keluar air mata dan bermacam-macam lagi... semua bentuk ketawa memberikan maknanya yang tersendiri.
2. Tolak ansur merupakan bahasa yang paling halus sekali maknanya. Tolak ansur bukan satu kata-kata ataupun perkataan yang diungkapkan tetapi merupakan satu tindak balas ataupun sikap ataupun perasaan terhadap orang lain agar tidak menyinggung perasaan seseorang. Dalam perbincangan berkumpulan tolak ansur merupakan satu perkara yang sangat penting. CBYG mengatakan tolak ansur ini sebagai satu bentuk bahasa yang cukup halus kerana situasi tolak ansur berlaku tanpa kita berbahasa atau bercakap kita hanya perlu untuk tidak meninggikan suara ataupun keras kepala terhadap sesuatu idea yang ingin diluahkan atau yang dicadangkan ahli yang lain. Maka bersetuju sahaja ataupun mengiyakan idea orang lain. Sekiranya ada idea yang dibantah maka sediakanlah hujah sokongan terhadap alasan kenapa idea itu dibantah dan ini juga merupakan salah satu bentuk ciri bahasa tolak ansur yang CBYG maksudkan..
7:11 AM |
Category: |
3
comments
Comments (3)
Adie..toping tue pe?..Nyibuk tetibe..sila delete lpas bce..ahah!
Tacap2 lah pem.. Hehe
oit2x!! ape ni??